MAIHANI (Reranting Pohon syurga)
بسم الله الرحمن الرحيم
PROLOG
PINTU sebuah kereta berjenama Audi dibuka, seorang wanita yang sarat keluar dari perut kereta. Dilayannya seperti seorang permaisuri. Hujan sang suria serta awan yang memayungi, diriuhkan lagi dengan kicauan burung membuatkan pagi itu tenang dan ceria. Betapa agungnya ciptaan-Mu ya Allah. Beg bimbitnya dibibit erat. Mereka bertiga melangkah masuk ke Kawasan Tanah Perkuburan Islam dengan penuh keinsafan. Alam barzarkh adalah suatu yang pasti, mengingati mati merupakan perkara sunat, mengingati mati dikurniakan ganjaran pahala. Sejurus itu doa dikalamkan kepada penghuni alam barzarkh dengan penuh keikhlasan, dan ucapan... Assalamualaikum Ya ahli kubur. Langkahnya lemah menghala ke sebuah kubur. Ya, kubur yang kerap dikunjunginya sejak 7 tahun yang lalu tiada jemunya menziarahi kubur ini. Baginya penghuni kubur ini merupakan insan yang bermakna dalam hidupnya. Ayat Allah dikalamnya. Tangannya kemas meneleku Yassin.
"A'uzu billahi minash shaitanir rajim bismillahirahmanirrahim" sayu dan lunaknya, pembukaannya memuji Allah. Menyayat hati si peneman disisi. Memori dahulu datang menjengah minda, hati terbawa ke masa silam.
1.
"ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh, ya ukhti wa akhi sekalian. Saya, Maihani binti Ahmad dari Kampung Dungun. Dengan izin Allah saya diterima ke sekolah ini, alhamdulillah. Semoga anda semua dapat beri tunjuk ajar kepada saya merangkap pelajar baru di Sekolah Agama Nurul Iman (SAMNI)" jelas Maihani dengan tenang. Semua penghuni kelas lantas menjawab salam sambil mengangguk mengerti. Puan Rabiatul, guru bertugas dalam Bangunan Pengurusan pelajar SPM memberi sedikit-sebanyak informasi tentang perkara yang wajib diketahui.
Sepanjang perjalanan Maihani ditemani Puan Rabiatul ke pejabat. Segala pendaftaran dan perkara berkaitan dengannya telah dilaksanakan Maihani sendirian. Tiada sebarang keluhan dikeluarkan dari bibirnya, malah zikir yang tidak putus-putus sentiasa teralun di dalam hati. Dia begitu gembira kerana dapat meneruskan persekolahannya di sekolah agama impiannya. Sedikit sebanyak tentang dirinya hanya Allah saja yang tahu.
Sepanjang perjalanan Maihani ditemani Puan Rabiatul ke pejabat. Segala pendaftaran dan perkara berkaitan dengannya telah dilaksanakan Maihani sendirian. Tiada sebarang keluhan dikeluarkan dari bibirnya, malah zikir yang tidak putus-putus sentiasa teralun di dalam hati. Dia begitu gembira kerana dapat meneruskan persekolahannya di sekolah agama impiannya. Sedikit sebanyak tentang dirinya hanya Allah saja yang tahu.
Dia dibesarkan oleh nendanya di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Dungun. Datuknya merupakan seorang ahli agama dan imam yang sangat dihormati. Umi dan abinya telah menghantar Maihani ke rumah nendanya sewaktu dia berusia 3 tahun lagi. Hal ini kerana umi dan abinya ingin memulakan langkah baru dalam dunia perniagaan dan berjanji untuk menuntut bela Maihani setelah kehidupan mereka di kota kembali stabil. Uminya seorang pensyarah manakala abinya seorang ahli perniagaan.Sejak dia kembali hidup dengan umi dan abinya, tidak pernah dia melupakan nenda dan datuknya dikampung. Hari ini Maihani begitu teruja untuk pulang ke rumah apabila uminya menyatakan bahawa kakaknya, Maisarah akan pulang ke tanah air pada hari pertama kemasukannya ke sekolah baru.
KLIA yang sesak dengan pengunjung asing diperhatinya. Mata Maihani tercari-cari kelibat kakaknya, umi dan abinya pergi mencari tempat parkir sementara dia menunggu di balai ketibaan. Langkahnya penuh dengan berhati-hati, takut-takut bersentuhan dengan orang lain. Sedang dia mencari-cari terasa bahunya dirempuh dengan bahu seorang jejaka. Lantas dia jatuh terjelopok. Jejaka yang merempuhnya sebentar tadi segera mendapatkannya. Lantas Maihani menolak.
"Ana asif" kalam jejaka itu. Dalam masa yang sama matanya tertancap pada wajah Maihani. Kelihatan dia begitu terpempan melihat ciptaan Allah yang indah itu. Jantungnya berdegup kencang tatkala Maihani menoleh wajahnya. Sungguh cantik.
"Tak mengapa. Saya baik-baik saja" ujar Maihani perlahan-lahan bangun dari kedudukannya. Dia berasa sungguh malu ketika itu. Jejaka itu berpakaian kemas, berkemeja putih, di bahu kemejanya terdapat jaluran-jaluran bewarna emas. Dia sedang memegang kot dan topinya. Maihani memberanikan dirinya untuk menatap wajah lelaki itu dan segera mengalihkan pandangannya. Dia perlu menjaga batasannya sebagai seorang muslimah. Ternyata jejaka yang merempuhnya itu adalah seorang pilot.
"Orang Malaysia? Maafkan saya, saya fikir awak berbangsa Arab, ada iras-iras." ujar jejaka itu mesra. Maihani hanya mampu tersenyum. Memang tidak dinafikan, wajahnya persis wanita Arab, hal ini kerana datuknya merupakan keturunan Arab. Nawaitunya untuk mencari kakaknya terbantut seketika apabila kaum Adam ini datang menerpa.
"Adakah benar wajah saya sedemikian rupa? Saya juga ingin memohon maaf atas keralatan saya sebentar tadi." ujar Maihani sopan.
"Tidak mengapa, by the way saya Danial. Danial Hakim dan kamu.." ujarnya menanti jawapan Maihani "..saya Maihani..." kata-katanya terhenti apabila dia ternampak sekujur tubuh yang amat dikenalinya. "Kak Sarah!" Danial turut menoleh ke arah wanita yang turut dikenalinya. Maisarah berpelukan dengan adik kesayangannya erat.
"It's been a long time. Macam mana dengan adik kakak sekarang ni?" ujar Maisarah mesra. Seraya itu Danial tersenyum sendirian.
"Tak tahu pula yang Maihani ini adik Sarah" ujar Danial kaget. Maihani kekeliruan, segera Maisarah memperkenalkan Danial kepada Maihani.
"Mai, inilah sahabat seperjuangan kakak dulu. Alhamdulillah kami masih keep in touch. Seorang pilot yang hebat ni. " ujar Maisarah kagum, terpancar wajah malu Danial apabila sahabatnya memujinya di depan Maihani. Kini barulah Maihani mengerti bahawa kakaknya dan abang Danial adalah bersahabat. Kebetulan mereka bertiga bertemu ditempat yang sama, itulah namanya takdir.
"Yang hebat itu daripada Allah, segala kekurangannya dari saya. " Danial menghadiahkan senyuman yang manis. Maisarah berasa pelik apabila melihat lirikkan Danial yang begitu asyik memerhati adiknya. Dalam masa yang sama umi dan abi tiba untuk menemui anak sulung mereka. Maisarah mengambil kesempatan dengan memperkenalkan Danial kepda kedua ibu bapanya. Akhirnya rindunya kini telah terubat.
2.
"Amin," semua jemaah mengaminkan doa selepas solat yang dikalam abi. Umi Roslinda menyambut salaman-salaman anaknya itu, diikuti suaminya. Kali pertama Maihani solat berjemaah dengan kakaknya. Sebelum ini solat-solat yang didirikannya tanpa kakanya, kini tambah lagi seorang jemaah dalam rumah itu. Syukur alhamdulillah, nikmat Allah.
"Mai, bagaimana dengan sekolah kamu? Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar" tanya umi sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. Makan malam mereka pada malam itu sederhana sahaja. Maihani tersenyum gembira. "Alhamdulillah, semuanya baik saja. Tapi sayangnya Mai terlepas minggu orientasi. Ramai pelajar-pelajar lain yang Mai tak kenal lagi." jelas Maihani. Maisarah yang dari tadi termenung jauh ditegur abi.
"Oh ya Sarah, kamu kata buku kamu akan diterbitkan minggu ini? Tiadakah original copy untuk kami membacanya?"
"Ada, nanti Sarah berikan. Minggu ni Sarah mungkin sibuk. Ada banyak lagi thesis yang perlu dilengkapkan. Minggu hadapan Sarah akan ke Penang untuk press conference tentang terbitan baru." jelasnya teliti. Kerjaya Maisarah sebagai seorang penulis terkemuka amat dikagumi Maihani.
"Umi, abi. Apa kata Sabtu ini kita melawat nenda dan datuk di kampung? Sudah lama Mai tak kunjungi mereka." cadang Maihani.
"Abi memang bercadang nak melawat mereka, lagipun mereka dah lama tak jumpa Kak Sarah kamu ni, pasti nenda kamu rindukannya." ujar abi mengerling Maisarah. Malam itu Maihani berdoa dan berharap agar hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Sebelum tidur dia sempat berselawat ke atas Nabi dan berzikir semoga dalam kelenaanya sentiasa mengingati Allah.
3.
Maihani khusyuk menelaah di perpustakaan sekolah. Setelah selesai pembacaannya tamat dia segera mengambil keputusan untuk ke surau mengahdiri majlis tadarus Al-Quran bersama-sama muslimah lain. Kaki kanannya perlahan melangkah ke dalam surau lantas doa memasuki surau dikalamnya. Salamnya disahut penghuni surau seraya itu mereka bersalaman. Mereka segera memulakan sesi tadarus Al-Quran.
Tiba giliran Maihani untuk membaca surah Al-Baqarah ayat 150. Dimulakannya dengan basmalah dan mengalunkan suaranya yang lunak, membaca ayat-ayat Allah yang indah. Hatinya tenang tatkala itu. Semua pendengar begitu terharu mendengar alunan suara Maihani yang begitu merdu . Setelah tamat sesi tadarus, kini tiba pula sesi halaqah. Sebelum memulakan perberbincangan setiap ahli dikehendaki perkenalkan diri terlebih dahulu.
Tiba giliran Maihani untuk membaca surah Al-Baqarah ayat 150. Dimulakannya dengan basmalah dan mengalunkan suaranya yang lunak, membaca ayat-ayat Allah yang indah. Hatinya tenang tatkala itu. Semua pendengar begitu terharu mendengar alunan suara Maihani yang begitu merdu . Setelah tamat sesi tadarus, kini tiba pula sesi halaqah. Sebelum memulakan perberbincangan setiap ahli dikehendaki perkenalkan diri terlebih dahulu.
"Assalamualaikum, saya Imanina binti Zulqarnain, calon PMR tahun ini. Diharap kakak-kakak senior di depan saya ini dapat beri tunjuk ajar." senyumannya yang manis dihadiahkan. Pelajar terakhir dalam sesi perkenalan. Maihani mula bersahabat dengan pelajar yang bernama Imanina merangkap juniornya.
"Kak Mai, suara kak Mai mengalunkan ayat Al-Quran tadi sungguh merdu. Kak Mai belajar mengaji dengan siapa? " soalan cepumas dihadiahkan Imanina. Lantas seyuman dibibir Maihani terukir.
"Dari Datuk Kak Mai. Suara muslimah apabila mengalunkan ayat Al-Quran akan menjadi lunak dan merdu sekiranya mereka membaca dengan ikhlas dan tajwid yang betul" jelas Maihani. Semua ahli memberi perhatian kepadanya.
"Kak Mai, saya ada satu soalan, bukankah memerdukan suara bagi wanita Islam adalah haram? " satu lagi soalan ditanya.
"Ianya haram jika dialunkan pada kaum Adam. Hakikatnya terdapat banyak khilaf ulama tentang hukum suara wanita berkaitan dengan bacaan berlagu atau bertarannum dikhalayak ramai seperti musabaqah al-quran, ada haram, harus dan tidak mengapa." jelas Maihani
"Bukankah suara wanita itu aurat?" pelajar muslimah tingkatan satu mengajukan lagi suatu pertanyaan.
"Ya benar, suara wanita adalah aurat, tetapi tidaklah sampai hukumnya haram apabila mengeluarkan suara, Jika haram, semua wanita adalah bisu belaka." Maihani menjawab pertanyaan juniornya dengan tenang.
"Bagaimana pula jika wanita bertaranum?" seorang sahabat tingkatan lima bersuara, Saffiya namanya.
"Dalam aspek bertarrannum mengikut pandangan saya sendiri, wanita tidak berapa digalakkan menyertai musabaqah tetapi harus sahaja, kerana takut menimbulkan fitnah bagi kaum Adam bukan muhrim yang mendengar. Dan ia tidaklah dikatakan haram secara mutlak. Ilmu saya hanya sedikit ini sahaja untuk dikongsi wallahu a’lam" Maihani berbicara dengan berhati-hati.
"Jika ada sebarang keraguan, atau kalian mahu kepastian, bertanyakanlah kepada para ustaz dan ustazah kita. Semoga kita dapat mengetahui kebenarannya" tambah Maihani sebagai penutupan sesi halaqah.
MAIHANI sabar menunggu di hadapan pagar sekolah SAMNI. Terdapat pondok Ibnu Sina berdekatan, Maihani mengambil keputusan untuk berteduh seketika. Tiba-tiba datang seorang pelajar yang sangat dikenalinya. Tidak lain tidak bukan Imanina.
"Assalamualaikum kak Mai!" ujarnya ceria. Imanina memang seorang pejalar yang comel. Mahaini mengukir senyuman segera menjawab salam.
"Kak Mai tunggu siapa?" tanya Imanina lalu mengambil tempat duduk disebelahnya.
"Tunggu kawan kak Mai, Saffiya. Katanya dia mahu berjumpa dengan ustaz. Kami akan pulang bersama-sama. Nina pula?" giliran Maihani bertanya pula.
"Nina tunggu abang Nina. Lambat pula dia hari ni. Dah nak masuk waktu Zuhur dah." omelnya. Maihani tertanya-tanya. Tidak pula Imanina menyatakan kepadanya bahawa dia mempunyai abang.
"Kak Mai, Kak Mai boleh tak ajar Nina mengaji? Banyak hukum tajwid yang Nina belum belajar. Bonda Nina cakap dia mahu mencari seorang ustazah untuk ajar Nina, tapi kalau Nina nak kak Mai yang ajarkan boleh?" pinta Imanina penuh harapan. Matanya penuh dengan cahaya keikhlasan. Maihani tidak dapat menolak permintaannya. Bukankah membantu saudara sesama Islam adalah wajib? Lantas Maihani bersetuju dengan permintaan Imanina.
Beberapa minit berlalu sebuah kereta mewah tiba diperkarangan. Imanina lantas bangun dan mengisyaratkan 'tunggu sebentar' kepada abangnya yang masih berada di dalam kereta. Imanina turut mengajak Maihani tumpang sekali. Tetapi Maihani menolak. Cermin kereta yang gelap membuatkan pandangan Maihani terganggu. Siapakah jejaka itu, malukah dia untuk keluar menjemput adiknya? Allah sahaja yang tahu.
4.
Usai solat Maghrib, Iskandar menadah tangan berdoa memohon keampunan dan rahmat-Nya. Disampingitu dia turut menyatakan rasa syukurnya kerana telah memberinya kesempatan untuk insaf dan kembali pada jalan yang benar. Hidupnya sebagai seorang ahli korporat terkemuka semuanya atas nikmat kurniaan Allah. Kini dia disegani orang ramai atas dedikasi dan keperibadiannya yang baik. Iskandar masih mencari Hidayah kerana pernah sekali hidupnya menyimpang jauh suatu ketika dahulu. Kedengaran telefon bimbitnya berdering. Segera dijawabnya.
"Assalamualaikum" suaranya, parau.
"Abang, Balqis ni. Boleh kita jumpa?" mendengar suara manja dari corong telefon membuatkan Iskandar malas hendak layan. Apa lagi yang Balqis mahukan?
"Abang sibuklah Qis, kita jumpa esok ya?" ulasnya tegas.
"Tolonglah abang, kali ni saja. Balqis nak minta maaf itu aja" rayunya dengan nada manja. Iskandar tidak akan tergugat lagi kali ini. Lantas butang merah ditekannya. Dia berzikir kepada Allah supaya hatinya tenang
seketika.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari biliknya Iskandar terdengar keindahan ayat Al-Quran yang dialunkan oleh Maihani ketika mengajar Imanina mengaji. Iskandar cuba mendekati bilik adiknya. Seketika kemudian, dia terpempan. Teharu. Sudah lama dia tidak mendengar ayat seindah itu dialunkan. Sekali lagi Iskandar menemui cahaya keinsafan. Sekilas pandangannya terlekat pada wajah Maihani yang elok pakaiannya, dengan perilakunya yang sopan meneleku. Indahnya ciptaan-Mu ya Allah. Maihani berasa kurang selesa, hatinya berdegup kencang apabila, Iskandar sudah berada dimuka pintu. Imanina yang khusyuk mengaji Al-Quran kini tersepit di antara lirikkan mata abangnya dengan Maihani ketika itu. Maihani tunduk malu. Imanina bangun dari silaannya lantas mendapatkan abangnya.
"Apa abang buat disini? Ditatapnya wajah kak Mai lama-lama, malulah dia." tegas Imanina. Sesi pembacaannya diganggu, tetapi sedikitpun dia tidak marah. Dia lebih suka jika Kak Mai berkenalan dengan abangnya.
"Maaflah, bukannya abang sengaja. Sekali pandang aje bukannya dua kali pandang. Siapakah gerangannya wanita berhijab tu? Lunak suaranya, cantik orangnya." Iskandar cuba bersenda dengan adiknya. Maihani yang berada di dalam bilik tertanya-tanya. Adakah dia memerhatikanku? Ya Allah, ampunilah daku sekiranya pandanganku mengocak naluri jejaka itu.
"Itu kak Maihani, Senior Nina. Baik orangnya, Nina suka dia. Bonda dan ayahnda setuju untuk jadikan kak Mai sebagai guru mengaji Nina." bisik Imanina, takut kata-katanya didengari Maihani.
"Ooo. Maihani or My honey?" meledak tawa Iskandar, lantas cubitan berbisa singgah dipinggang Iskandar.
"Abang jangan main-main ya. Kak Mai tu mahal orangnya. Sedap-sedap aja abang menggelarnya begitu " jelingan maut dipamerkan kepada abangnya. Imanina meninggalkan abangnya sendirian untuk menyambung semula bacaannya.
"Kak Mai, sorrylah. Abang Nina tu sibuk aje. Tapikan dia kata Kak Mai cantik orangnya." Imanina tertawa kecil membuatkan wajah Maihani merah padam.
"Is, mana adik kamu tu? Tak mahu turun makan sekalikah?" tegur bonda Aishah yang sibuk menyediakan sajian di dapur. Iskandar munuruni anak tangga dengan hati-hati.
"Dia sudah terlekat pada gurunya tu kut" balasnya. "Bonda, kenalkah Maihani tu?" soalnya lagi. Senyuman terukir dibibir bonda. "Kenapa, kamu sudah berkenankah?" usik ayahnda Zulqarnain menuruni tangga. Iskandar menoleh, kini dia pula yang terkena.
"Mestilah kami kenal Maihani tu. Kamu pun kenal dia, takkanlah sudah lupa?" omel bonda lalu mengambil tempat di meja makan. Dahi Iskandar berkerut. "Siapa?" soalnya kebingungan. Bonda dan ayahnda membalas pandangan.
"Maihani tu adalah anak kepada abi Ahmad dan umi Roslinda. Sahabat keluarga kita 20 tahun yang lepas. Waktu itu Maihani berusia 5 tahun kamu pula berusia 14 tahun. Kamu selalu bermain dengan Maihani sewaktu dia kecil. Lupakah?" jelas ayahnda. Mata Iskandar buntang, adakah dia 'my honey' nya dulu? Tak sangka dia sudah besar. Dalam hati Iskandar mengucap kesyukuran yang tidak terhingga kerana dipertemukan sekali lagi dengan Maihani. Sudah lama tidak bertemu, malah rindunya pada Maihani tidak pernah lekang.
"Bonda, ayahnda. Hari ni kak Mai cerita tentang 'Hawa tercipta dan Adam Terpikat' pada Nina. Menarik kisah itu. Dari situlah mulanya lumrah hidup bahawa lelaki mendatangi wanita. Dan sifat malu kaum hawa. Serta keinginan kaum Adam." jelas Imanina mengiringi Maihani menuruni tangga. Iskandar terpana seketika. Maihani...
"Bukan main Nina ya! Kisah-kisah sebegitu jugak yang diminatinya." usik bonda. Imanina tersengih macam kerang busuk. Maihani mengambil tempat duduk disebelah Imanina bertentangan dengan Iskandar. Kedudukannya itu, membuatkannya tidak selesa. Iskandar tidak dapat melarikan matanya dari menatap Maihani. Sesekali dia cuba berdoa di dalam hati supaya dia menjaga penglihatannya. Astaghfirullahalazim.
"Maihani, inilah abang Is. Kamu suka bermain dengan abang Is masa kamu kecil dulu." bonda memulakan bicara. Maihani mengangkat wajah, matanya buntang. Abang Is? Diakah yang nenda selalu sebut-sebutkan tu? Ya Allah kau berikanlah aku ketenangan.
"Maihani dah lupa kut. Dia kecik lagi masa tu. Manalah dia nak ingat" ujar Iskandar dikerlingnya Maihani. Tersentak Maihani dibuatnya. Nasi dipinggan tidak disentuhnya, sedikit pun tidak.
"Mai bukan tak ingat, cuma muka abang Is dah lain." wajah Maihani merah padam. Iskandar tersenyum sinis. Bonda dan ayahnda memerhati gelagat mereka berdua. Imanina turut melihat aksi abangnya.
"Sudah-sudahlah tu Is, ingat. Maihani dah besar dah jadi anak dara, tak baik dibelek sebegitu." nasihat ayahnda Zulqarnian. Iskandar hanya mampu tersenyum. Ternyata Maihani betul-betul membuat jantungnya berdegup pantas.
5.
"Kak Sarah, umi dan ayahnda ke mana? Dengar-dengar nenda dan atuk pun turut serta. Kata mereka ada hajat" soal Maihani sambil membelek salah satu karya kakaknya 'True Story'. Maihani melingkar di atas katil kepunyaan kakaknya. Maisarah hanya tersenyum melihat gelagat adiknya.
"Entahlah, kakak pun tak tahu. Agaknya hal saudara-mara kut." Maisarah meneliti skrin komputernya sambil jejari runcingnya pantas menaip. Maihani termenung sendirian. "Kak Sarah kalau kita suka seseorang adakah ianya salah?" soal Maihani
"Bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semula jadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah 'instinct'. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan." ulas Maisarah panjang lebar
"Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja." tambahnya. Terdetik hati Maisarah untuk menceritakan tentang perasaannya terhadap seseorang kepada Maihani.
"Kak Sarah berbicara sedemikian seolah-olah sudah ada yang terlekat dihati" usik Maihani dilemparkan senyuman.
"Akak pernah juga terfikir tentang cinta. Dan.. kakak sudahpun ada orang yang akak cinta. Tapi akak tak berani meluahkannya." luah Maisarah. Suaranya begitu sayu. Maihani memeluk bahu Maisarah erat. Dilentok kepalanya ke bahu Maisarah.
"Kenapa akak tak berani? Bukannya berdosa. Cuma untuk menyatakan kebenaran." tingkah Maihani. Maisarah membelai lembut rambut adiknya. "Bukan akak tak berani, cuma siapalah akak padanya." nada suara Maisarah semakin lemah. Apakah dia patut memberitahu adiknya bahawa lelaki itu adalah Danial? Patutkah dia memberitahu bahawa Danial menyukai Maihani. Perlukah dia menceritakannya? Biarlah dia saja yang tahu. Walaupun pahit ditelan jua. Bukankah kebenaran itu sesuatu yang pahit? Air matanya yang berjujuran pantas diseka, takut-takut adiknya tahu akan perasaannya. Biarklah dia sendiri yang bertarung dengan perasaannya. Ya Allah kau kuatkanlah hatiku. Maisarah begitu terluka apabila mengetahui Danial menyukai adik kesayangannya, Maihani. Dia teringat kata-kata Danial sewaktu perjumpaan mereka baru-baru ini...
"Sarah, Mahaini belajar dimana? "
"Sudah lama tidak berjumpa Maihani."
"Sarah, demi Allah, Dani terlanjur mencintai Maihani..."
Hancur hatinya tatkala Danial sedikitpun tidak perasan akan perasaannya selama ini.. menaruh kasih dan harapan setinggi gunung. Tapi apakan daya, Islam tidak menggalakkan perasaan iri hati sesama manusia. Sedangkan dia tidak punyai hak untuk menghalang niat Danial. Antara mereka tiada perikatan melainkan ikatan persahabatan. Dia sanggup mengundurkan dirinya, dia tidak mahu perkara ini menjadi jurang sempadan hubungannya dengan Maihani. Semoga Allah mendengar segala luahan hatiku. Desis Maisarah. Maihani telahpun lena di bahunya.
6.
"Assalamualaikum, Maihani. Marilah abang tumpangkan. Lagipun abang memang hendak ke rumah Maihani." Iskandar mengajak Maihani pulang bersamanya. Begitu berat baginya untuk menolak. Iskandar membuka pintu keretanya buat Maihani. Terasa kekok apabila Iskandar melakukan demikian.
"Macam mana dengan exam terakhir tadi?" Iskandar memulakan bicara. Matanya fokus pada pemanduannya, Maihani tunduk tangannya digenggam, hatinya berzikir. Tidak pernah dia berduaan dengan lelaki bukan muhrim sebegini. Walaupun tidak salah, ia tetap sesuatu situasi yang sukar bagi Maihani.
"Alhamdulillah. Mai dah berusaha sekarang ni tawakkal sajalah." peperiksaan SPM bukanlah sesuatu yang mudah.Tetapi itulah cabaran bagi pelajar pelajar tingkatan lima.
"Nawaitu nak sambung belajar dimana? Dah rancang?" soal Iskandar lagi. Lampu trafik bertukar merah menandakan berhenti. "Insha-Allah, kalau permohonan Mai diterima Mai akan sambung pengajian ke Jordan." Iskandar termenung jauh. Iskandar begitu segak dengan kemeja lengan panjang bewarna biru lembut. Shade yang dipakainya menyerlahkan lagi kekacakannya. Sang suria menembusi cermin kereta memaksa Iskandar untuk memakai shade.
"Maihani nak tinggalkan abang?" soalan itu membuatkan jantung Maihani berdegup kencang. Rona merah menular ke wajahnya. Pipinya terasa hangat. Mengapakah dia berkata sedemikian? Ya Allah aku berharap kata-katanya tidak membawa sebarang maksud buruk. Jam tangannya dikerling, sudah jam 3 petang.
"Abang Is ada apa hendak bertemu dengan umi?" Maihani cuba tukar topik. Iskandar tersenyum sinis. 'Pandai dia lari dari soalan.' "Adalah sedikit perkara yang hendak dibincangkan. Belum capai kata putus lagi. Maihani masih budak-budak, tak boleh campur hal orang dewasa." guraunya. Maihani mencemik.
Tiba diperkarangan rumah, serentak Maihani dan Iskandar keluar dari perut kereta. Umi dan abi datang menyambut Ilham. Salam mereka disambut mesra. Kelihatan abi dan umi gembira melihat kebersamaan mereka. Nampak secocok. Maihani menyediakan air dan kuih-muih sebagai jamuan petang. Setelah itu disegerakan langkahnya naik ke bilik kerana tidak mahu campur hal Iskandar dan ibu bapanya.
USAI menunaikan solat Ishak, Maihani mengambil keputusan untuk mengakses laman muka bukunya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang sahabat lamanya di Dungun setelah setahun berjauhan. Maihani begitu asyik meneliti skrin latopnya. Menunggu keputusan SPM merupakan sesuatu yang membosankan. Tiada peluang untuk berhalaqah bersama-sama, bertadarus dan sebagainya. Terlalu rindu untuk melaksanakan ibadah tersebut. Sedang asyik dia meneliti skrin. Terang tertulis di skrin, Iskandar meng-update statusnya.
"Danial Hakim, dimanakah hadiah yang dijanjikan? Katanya sebuah jet."
Matanya terhenti pada dua perkataan. Danial, Hakim. Adakah Iskandar turut mengenali Danial?
7.
Telefon berdering kuat, memaksa Maihani untuk menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum, Mai. Danial ni" suara yang amat dikenalinya. Salam disahut. "Ada apa abang call Mai ni?"
"Abang nak ajak Mai datang ke rumah sahabat abang untuk menyambut hari kelahirannya. Kalau Mai sudi, ajaklah kak Sarah sekali. Kak Sarah kamu kenal dengan kawan abang." jelas Danial melalui corong telefon. Maihani terpaksa menolak kerana dia perlu menghadirkan diri ke kenduri doa selamat di rumah ayahnda. Kebetulan pada hari dan waktu yang sama. Walaupun Danial berasa sedikit kecewa dia terpaksa menerimanya.
JUBAH hitam yang dikenakan Maihani dibelek dirinya di depan cermin. Biar besederhana dalam pemakaian yang penting menutup aurat. Perjalanan ke rumah ayahnda memakan masa 15 minit. Tiba ke destinasi, suasana Vila Sakura riuh dengan keramaian yang diadakan. Kanak-kanak berlari-berkejaran, saudara-mara yang hadir disambut mesra oleh ayahnda dan bonda. Doa selamat diadakan atas keputusan peperiksaan PMR Imanina yang cemerlang. Majlis tersebut turut meraikan hari kelahiran Iskandar yang sudahpun mencecah 26 tahun. Orang yang diraikan masih belum keluar menunjukkan diri. Maisarah mengajak Maihani berkenalan dengan sahabatnya iaitu sahabat kepada Iskandar. Dalam kesesakan itu matanya terlihat sekujur tubuh yang dikenali.
"Abang Danial?" ujar Maihani. Kata-katanya mendapat perhatian Maisarah. Danial Hakim terpana seketika.
"Kata tak dapat hadir. Mengapa kalian berada disini?" Danial turut tertanya-tanya.
"La, Sarah datang la ni. Bawa Maihani sekali." sampuk Maisarah. Maisarah menceritakan perkara sebenar bahawa Mereka sudah lama berkenalan dengan keluarga Iskandar. Dalam masa yang sama dia berasa sedikit kecewa kerana Danial begitu mengambil berat terhadap Maihani. Dia hanya bersabar dan berzikir kepada Allah supaya hatinya tenang.
Usai waktu Ishak berlalu majlis pembacaan Yassin bermula. Para jemaah yang hadir memberi komitmen dalam menjayakan majlis ilmu tersebut. Iskandar kelihatan begitu kacak dengan pakaian baju Melayu turqoisenya. Imanina segera mendapatkan Maihani. Di ajaknya ke pondok belakang itu berbual, sudah lama dia tidak berjumpa dengan Kak Maihaninya sejak hari terakhir sekolah.
"Happy Birthday. Maaflah Balqis tiada hadiah untuk abang." ujar Balqis. Iskandar yang dari tadi sibuk melayan tetamu dan para sahabatnya kini beralih kepada Balqis. Wanita yang sudah lama dikenali sejak menuntut di UK dulu. Sudah berkali-kali dinasihati Balqis supaya kembali ke pangkal jalan. Tapi apakan daya mengubah diri seseorang bukan sesuatu yang mudah. Balqis yang lengkap berbaju kurung dengan selendang selimpang bewarna gelap tidak menyenangkan Iskandar. Semua mata-mata memerhati gelagat mereka seolah-olah tidak manis dipandang. Imanina begitu meluat dengan kehadiran Balqis yang seolah-olah suka menarik perhatian ramai.
"Qis, mengapa tidak bertudung lengkap? Tidak elok menampakkan aurat sebegini." nasihat Iskandar, tegas. Wajah Balqis berubah, ternyata dia begitu terasa dengan kata-kata Iskandar.
"Abang, semua tidak kena dengan Balqis. Tidakkah abang tahu Balqis cintakan abang? Mengapa abang melayan Qis sedemikian?" rayu Balqis, mimik wajahnya seperti hendak menangis.
"Sudah abang cakap, abang menganggap Qis seperti adik abang sendiri. Tiada yang lebih dari itu." tegas Iskandar, matanya tajam melirik Balqis.
"Adakah abang mencintai gadis itu?" soal Balqis dengan penuh rasa iri hati. Api cemburunya semakin membara apabila gadis itu adalah Maihani, wanita solehah yang dipuji ramai. Memang tidak dinafikan hakikat tersebut, tetapi baginya tidak semudah itu dia melepaskan perasaannya terhadap Iskandar. Bisikan-bisikan iblis mempengaruhinya untuk membuat sesuatu yang buruk. Meluat rasanya apabila melihat Maihani yang begitu mesra melayan keluarga Iskandar. 'Begitu ramai orang menyayanginya'. Desisnya penuh berbisa.
Maihani yang dari tadi menjadi penonton kepada drama yang dilakonkan oleh Balqis dan Iskandar. Kecewa melanda. Siapakah gadis itu, adakah dia kekasih Iskandar? Soalan demi soalan terdetik, demi mengelak daripada bersangka buruk Maihani segera mengucap panjang dalam hati. "Ya Allah ya tuhanku, hatiku sakit tatkala melihatnya. Adakah ini menunjukkan bahawa aku hanya bertepuk sebelah tangan? Atau mungkin ianya ujian-Mu terhadap hamba-Mu yang hina ini?" Sedar tidak sedar air matanya berlinangan tanpa rela. Memendam perasaan, air mata diseka segera bibirnya mengukir senyuman tawar. Dengan izin Allah kesedihannya diperhati Danial sejak tadi. Perancangan Allah tidak dapat diduga manusia.
8.
"Sarah cintakan Danial, umi. Tapi tidak baginya. Dia menyukai Maihani..." Jelas kedengaran dari muka pintu bilik kakaknya. Maihani yang berselindung disebalik pintu hampir terduduk mendengar perbualan antara umi dan kakaknya. Bermakna, selama ini kakaknya terluka kerana diri dia sendiri. Lantas dia meluru ke biliknya dan menghentam tubuhnya ke katil. Bantal dipeluk erat air matanya berlinangan. Kasihan Maisarah. Simpatinya mungkin tidak sama dengan pengorbanan kakaknya. 'Maafkan Mai akak. Mai tak tahu, segalanya sukar bagi Mai.' Maihani tertidur diulit kesedihannya.
HARI jumaat, penghulu segala hari, hari yang penuh rahmat. Kerja sambilannya dikedai buku Pustaka Mukmin milik Tuan Haji Saleh kini lengang. Semua kaum Adam pergi menunaikan ibadat wajib mereka iaitu bersolat Jumaat. Minggu itu Maihani begitu sibuk dalam menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hal ini merupakan syarat yang perlu dilaksankan dalam permohonan ke Jordan.
Sedang Maihani menyusun buku-buku seorang pelanggan datang melangkah. Alangkah terkejutnya Maihani apabila wanita itu adalah Balqis. Balqis memandangnya tajam, terserlah kecantikan zahirnya itu. Dalam keadaan terpaksa Maihani mengukir senyuman, cuba untuk melayannya sebagai pelanggan bukan seperti orang kenalannya. Mahu ditegur lagaknya Balqis tidak sudi.
"Awak Maihani?" sapanya bersahaja. Balqis membelek buku 'Panduan Mendirikan Solat'. Maihani tersenyum kelat dan menjawab pertanyaan Balqis sopan. Balqis menjeling lantas diletak semula buku itu. Ternyata amarahnya menguasai diri. Mahu saja dicemuh wanita yang dianggap merampas Iskandar darinya. Tetapi dia masih memikirkan batasnya.
"Kita pernah berjumpa pada majlis hari itu. Saya Balqis, mungkin Iskandar tidak menceritakan tentang saya kepada kamu?" soal Balqis. "Maafkan saya, mungkin itu privasinya. Saya pun tiada hak untuk menanya abang Iskandar mengenai Cik Balqis." ujar Maihani sopan. Balqis berasa jelek dengan kata-kata Maihani, 'abang'?
"Saya sedar, saya bukan wanita yang diimpikan Iskandar. Saya bukan macam awak, solehah, baik, menutup aurat. Sebaliknya saya.." kata-kata Balqis terhenti.. perasaan sedihnya membuak, tanpa disedari air matanya berlinangan. Maihani berasa serba salah. "..saya mahu berubah.. berubah untuk Iskandar. Tapi.. dia mencintai awak, Maihani." Balqis menyeka air matanya. Maihani mengucap panjang. Apakah benar yang dikatakan Balqis?
"Cik Balqis, tiada siapa mampu menghakimi diri kita melainkan Allah. Saya sedar masih banyak kekurangan saya. Tetapi tidak semua manusia sempurna. Masing-masing pernah melakukan dosa. Berubahlah cik Balqis sementara masih sempat. Usahlahlah ubah niat baik cik Balqis itu. Cuma tetapkanlah nawaitu cik Balqis berbuat demikian hanya kerana Allah. Bukan kerana saya atau abang Iskandar." Maihani sedar dia tidak layak untuk menasihati Balqis yang jauh lebih tua darpadanya. Siapalah dia disisi Allah? Selemah-lemah iman adalah mencegah kemungkaran dengan hati. Tidak baginya, dia masih mampu memberi nasihat. Syukur Allah mempermudahkan.
Luahan perasaan Balqis kepadanya kembali terimbas. "...saya mahu berubah..berubah untuk Iskandar" Dalam masa yang sama, kata-kata Kak Sarahnya turut menusuk kalbu "Sarah cintakan Danial...". Apa sudah jadi? Mengapa aku perlu tersepit di antara dua hati? Maihani mengambil keputusan untuk bertemu Danial. Pertemuan tanpa dirancang mengejutkan Danial. hatinya begitu senang dengan kehadiran Maihani, idaman hati.
"Mai tak mahu lama-lama, lagipun ada satu hajat dan penjelasan yang perlu Mai laksanakan. Diharap abang Danial faham" mendatar sahaja suara Maihani. Bukan apa dia mahu menghidupkan suasana serius. Dia juga perlu tegas kerana apa yang bakal diperkatakan bukan sesuatu yang mudah untuk diceritakan.
"Baiklah, abang akan dengar, teruskanlah dengan bicara Mai.." Danial akhirnya akur. Maihani berasa sedikit gementar. Alhamdulillah berkat zikirnya hatinya kembali tenang memudahkan niatnya terlaksana.
"Abang, tidakkah abang tahu bahawa kak Sarah telah menyimpan satu perasaan pada abang? Mai begitu menyayangi kak Sarah, oleh itu bagi pihaknya Mai mahu abang fikir masak-masak tentang perkara ini. Kak Sarah mencintai abang Danial. Dia begitu kecewa, kerana selama ini abang sedikitpun tidak perasan akan kasihnya pada abang. Bertahun dia menunggu untuk meluahkannya. Tetapi tidak tercapai apabila.." Maihani menjadi sebak. Nafas ditarik dalam-dalam.
"Niatnya terbantut apabila dia mengetahui bahawa abang mencintai wanita lain. Jikalau wanita itu orang lain, ia masih boleh diterima. Tetapi bagaimana pula abang boleh menyukai adiknya sendiri? Demi kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.. dia sanggup mengundur diri. " jelas Maihani. Danial yang dari tadi duduk terpaku kini wajahnya penuh penyesalan. Dia tahu selama ini kasihnya terhadap Maihani hanyalah atas hinanya nafsu. Tetapi bukan salahnya kerana terlanjur mencintai Maihani. Air mata kesedaran membasahi pipi. Maihani sempat menyatakan jejaka yang bertakhta dihatinya selama ini adalah...Iskandar, sahabat baik kepada Danial. Hal ini mengejutkannya.
"Niatnya terbantut apabila dia mengetahui bahawa abang mencintai wanita lain. Jikalau wanita itu orang lain, ia masih boleh diterima. Tetapi bagaimana pula abang boleh menyukai adiknya sendiri? Demi kasih sayang seorang kakak kepada adiknya.. dia sanggup mengundur diri. " jelas Maihani. Danial yang dari tadi duduk terpaku kini wajahnya penuh penyesalan. Dia tahu selama ini kasihnya terhadap Maihani hanyalah atas hinanya nafsu. Tetapi bukan salahnya kerana terlanjur mencintai Maihani. Air mata kesedaran membasahi pipi. Maihani sempat menyatakan jejaka yang bertakhta dihatinya selama ini adalah...Iskandar, sahabat baik kepada Danial. Hal ini mengejutkannya.
"Abang... tak tahu, I can't figure out how sorry I am. Mai maafkan abang, ternyata abang seorang pengecut kerana tidak berani meluahkan perasaan abang kepada Mai. Dalam masa yang sama abang rasa sebersalah sangat.. Maisarah didn't tell me anything. Dan, abang tak tahu selama ini Mai memendam kasih terhadap Iskandar." Danial termenung jauh.
"Dani, Mai..." tegur satu suara parau. Danial dan Maihani segera menoleh ke arah tuan punya suara. Keriuhan restoran yang disinggahi mereka langsung tidak mempengaruhi pendengaran. Tidak jauh dari situ, berdiri Imanina dan Iskandar. Wajah mereka suram berbaur kejutan. Iskandar cuba buang sangka buruknya tentang pertembungan itu. Hatinya sakit melihat sahabat baiknya berdua-duaan dengan Maihani, wanita dicintai. Imanina tidak berpeluang untuk bersuara melihat keadaan yang serius. Perasaan cemburu menular, hati Iskandar penuh kekecewaan. Apakah mereka .... Iskandar berlalu pergi. Langkahnya dilajukan, Imanina terdorong mengikut abangya. Sebelum mereka basah bermandi hujan Iskandar sempat memberi pandangan penuh harapannya kepada Maihani. Bibirnya terketap 'abang situasi ini bukan seperti yang abang sangkakan' Jerit suara hati Maihani. Danial meluru mendapatkan Iskandar untuk menjelaskan perkara sebenar. Maihani pergi membawa diri, pulang dengan hati yang hancur berderai. Hujan ketika itu seolah-olah mengerti akan keadaannya. Lebat, menitis laju seperti air matanya yang berlinangan.
9.
Suasana Starbucks Coffee di Plaza Shah Alam lengang. Suasana yang sesuai bagi Danial menjelaskan perkara yang ingin disampaikannya kepada Iskandar. Imanina telah pulang terlebuh dahulu dengan teksi, katanya dia tidak mahu campur dalam urusan abangnya. Iskandar berpeluk tubuh. T-shirtnya yang basah lencun dek hujan tidak membuatkannya berasa sejuk, mungkin api kemarahan berbaur cemburu menguasai diri. Dia tahu persepsi dalam Islam tidak menggalakkan pergaduhan, malah lebih menggalakkan penyelidikan terlebih dahulu. Pandangannya dilemparkan ke dinding kaca, wajah Danial tidak mahu ditatapnya. Danial memesan minuman sebelum memulakan bicaranya.
"Is, pertemuan aku dan Maihani bukan atas permintaan aku. Semua orang mempunyai pandangan masing-masing. Ya, memang benar aku jatuh suka pada Maihani sejak kali pertama aku bertemunya." ujar Danial tenang. Wajah Iskandar bertukar merah menahan marah. Layakkah dia berasa begitu sedangkan Maihani tidak punya apa-apa ikatan dengannya? Cemburunya diketepikan untuk mrndengar ulasan lanjut Danial. Pesanan mereka tiba, Danial terus dengan perbicaraannya.
"Perkara ini tak ada kena mengena dengan Mai, dia tak bersalah. Kejadian tadi hanya satu salah faham. Maihani menyatakan yang dia tidak punya apa-apa perasaan pada aku. Sebaliknya Sarah yang menyukai aku. Maihani mahu aku mengetahui hal yang sepatutnya, tidak lebih dari itu. Kau pun tahu Maihani bukan wanita sebegitu. Terserah kepada kau untuk menilai sama ada ia benar atau tidak kerana aku telah menceritakan perkara sebenar." jelas Danial. Iskandar meneguk minumannya. Gelas yang dipegang, diperhati. Syukur bahawa ia tidak seperti jangkaannya.
"Yang merisaukan aku adalah iblis yang berada di antara kau dan Maihani. Kau tidak sepatutnya berjumpa berdua-duaan begitu dengan Maihani. It would lead to vices, kau pun tahu. Walauapapun, aku ingin memohon maaf atas sangkaan buruk aku terhadap kau. Aku cuma manusia biasa yang melakukan kesilapan. Aku harap perkara ini tidak menjejaskan persahabatan kita." Iskandar tenang berbicara. Tiada kata-kata kasar dituturnya malah sikap bertolak-ansurnya telah berjaya mendedahkan kebenaran. Itulah istimewannya bersabar. Danial mengucap syukur dalam hati, akhirnya dia telah menjawab segala keraguan Iskandar terhadap dirinya.
"Persahabatan? More than that.. aku dah anggap kau macam abang, Is." dipeluknya Iskandar erat. Kekecewaan Danial terubat sedikit walaupun pahit ditelan jua. Disebalik setiap kejadian, pasti ada hikmahnya. Yang penting tiada persengketaan antara dia dan Iskandar.
10.
Sudah seminggu, sejak kejadian itu Maihani tidak menjawab sebarang panggilan berkaitan Danial dan Iskandar. Kakaknya Maisarah telah mengambil keputusan untuk ke UK. Dengar-dengar Profesor dari Oxford University memberi peluang kepada Maisarah untuk menyambung ijazah sarjana dalam pengajiannya. Alhamdulillah, rezeki Maisarah. Alhamdulillah dia turut medapat keputusan yang SPM yang memuaskan. Dikeluarkan sepucuk surat dari meja tepi katilnya. Surat itu dipandang kosong. Apakah yang patut dia lakukan?
"MAIHANI dah fikir masak-masakkah mahu meneruskan pengajian ke Jordan?" soal bonda. Bonda kerap ke rumah umi untuk mendengar khabar. Perkara yang berlaku antara dia dan Iskandar disenyapkan. Ternyata ikatan persahabatan keluarga ini sangat utuh. Umi mengerling Maihani. "Mai pun dah tak sabar nak tinggalkan umi." rajuk umi . Cukuplah ketiadaan Maisarah disisinya, dia tidak mahu berjauhan dengan Maihani pula.
"Umi, bonda.. tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Mai dah besar. Lagi pun sudah 3 hari Mai terima surat tawaran ini. Mai perlu beri respon, lagipun ini adalah kehendak Mai." tukas Maihani. Abi dan ayahnda sibuk berbual di ruang tamu utama. Bonda segera memujuk umi supaya bersetuju dengan keputusan Maihani. Uminya yang bergelar pensyarah sudahpun mencecah usia 40 tahun ditatap. Wanita yang bakal dirinduinya.
Maihani, menggenggam surat tawarannya. Walaupun suarat itu merupakan suatu berita gembira, tetapi masih ada sesuatu yang kurang baginya. Dia bakal meninggalkan kedua-dua buah keluarga yang disayanginya. Nenda dan atuk serta sahabat-sahabat...abang Iskandar. Keputusannya untuk ke Jordan nanti bukanlah untuk lari daripada masalah, tetapi untuk menjaga empat keping hati. Hati kak Sarah, abang Danial, Balqis dan abang Iskandar. Biarlah kali ini dia bekorban untuk mereka, yang penting tiada hati yang terluka. Semoga Allah pelihara hati mereka yang terluka dan yang dilukai, doa Maihani.
MAIHANI mengamati langit senja, selamat tinggal Malaysia, tanah airku. Jika dipanjangkan umur insha-Allah akanku langkah ke sini sekali lagi. Maihani menghabiskan waktu terakhirnya di laman rumah sebelum berangkat ke KLIA. Saffiya yang berada disisi dikerling.
"Kalau diikutkan, berat hati Mai nak tinggalkan Malaysia." ujar Maihani seolah-olah dia menarik balik keputusannya untuk ke Jordan.
"Jangan macam ni Mai, janganlah buat Saff sedih. Kalau nak diikutkan Saff mahu saja menghalang Mai, tapi Mai beruntung berpeluang ke sana" Saffiya menggenggam tangan Maihani, air matanya mengalir, membuatkan Maihani bertambah sebak. Mereka berpelukan untuk terakhir kalinya. Umi mengangkut barang-barang Mai ke dalam bonet kereta dengan berhati-hati. Dia memperkemas hijjabnya, lalu memanggil Maihani. Maihani lantas bangkit dari buaian yang ditenggeknya bersama Saffiya tadi. Dia masih tidak percaya yang saat ini dia bakal meninggalkan Malaysia serta segala isinya. Dia berdiri termenung merenung uminya. Umi segera membuka langkah menuju ke arah mereka.
"Mai, it's time to say goodbye." Umi melemparkan pandangan ke arah Saffiya dan Maihani. "Make sure your pasport and ticket with you" Maihani tunduk, tidak mahu menunjukkan wajahnya yang sugul. "And one more thing, umi dan abi sudah kirimkan khabar berita kepada Aunty Seha yang kamu akan ke sana. Jadi dia yang akan menjemput kamu di Airport. Get it?" umi seolah-olah tenang, sedangkan dialah yang paling sedih akan kepergian Maihani nanti. Segalanya dirancang rapi kerana dia tidak mahu anaknya pergi tanpa persediaan.
"Maihani, mari kita berangkat" ujar abi sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.
11.
Tiga tahun kemudian...
Iskandar kelihatan gembira melihat gelagat kanak-kanak asli berlari berkejaran, gembira dengan suasana di sekeliling mereka. Walaupun kawasan pedalaman ini tidak mempunyai fasiliti dan prasarana yang cukup, namun, penduduk bumiputra ini masih mampu tersenyum dan menikmatinya. Walaupun hanya sedikit nikmat kurniaan Allah, mampu disyukuri mereka. Tiada kata sesalan atau keluhan diluahkan. Alhamdulillah sepanjang penyertaannya dalam UNDP dan UNICEF dua minggu lalu membuka pandangannya akan ciptaan dan nikmat Allah. Di situ dia menemui kedamaian dan ketenangan daripada kesesakan hidup di kota. Kru-kru UN bakal berangkat pulang esok pagi, setelah genap 14 hari mereka berada di kawasan pedalaman.
"Rasa susah nak tinggalkan tempat ini. Lihatlah kanak-kanak itu, mereka berlari, bermain, melihat mendengar tanpa mengetahui apa yang terjadi pada dunia sebenar. Saya berharap yang mereka tidak terpengaruh dengan nikmat duniawi diluar sana. Cukuplah ilmu fardhu dan sumber harian untuk meneruskan kehidupan. Generasi kini terlalu mengagung-agungkan nikmat duniawi daripada ukhrawi. Yang fana dikejar yang baqa' diketepikan" ujar Encik Quzhairi selaras Ketua Pengurusan UN bahagian Pedalaman. Mereka begitu asyik menonton aksi-aksi gembira penduduk-penduduk disitu.
Sedang asyik mengamati suasana perkampungan, memorabilia dahulu datang menerpa ke dalam kotak fikirannya. Iskandar begitu merindui Maihani. Pemergian Maihani memang tidak dinafikan, menyedihkannya. Tidak dapat dia melupakan tazkirah ustaz di sebuah masjid yang diziarahinya baru-baru ini..
"Jika rindukan seseorang , pejamkanlah mata dan ucapkanlah... 'Ya Allah Aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu . Aku semakin mengerti, ‘jarak’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘jarak’ ini untuk menjaga aku dan dia..' "
Terselit nota hati buat dirinya, supaya dapat memujuk hatinya yang amat merindui seseorang...
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan dengan jarak ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, kami akan LEBIH BERSEDIA
untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
'Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia' detik hati Iskandar tatkala mengenang kata-kata itu.
"ALHAMDULILLAH, kepulangan Maihani ke tanah air bakal menyempurnakan hajat antara dua keluarga ini." kalam abi kepada semua saudara-mara yang hadir. Kenduri doa selamat diadakan secara kecil-kecilan. Hanya keluarga ayahnda Zulqarnain dan saudara mara yang terdekat saja yang hadir. Kepulangan ini di sambut atas kejayaan Maihani menamatkan pengajiannya di Jordan. Kata-kata abi merunsingkan Maihani, hajat? Ternyata abi dan umi tidak memberitahu perkara sebenar kepadanya.
"Apakah hajatnya itu, dengar seperti besar hajatnya" soal pak lang sambil tertanya-tanya. Abi menundukkan sedikit wajahnya lalu senyuman diukir.
"Maihani akan saya nikahkan dengan putera sulung Zulqarnain, iaitu Iskandar" kata-kata abi membuatkan semua pendengar melafaz kata lega. "Syukur alhamdulillah mendengar khabar yang mengembirakan ini. Hajat ini tidak boleh dibiarkan lama, seeloknya biarlah dilangsungkan secepat mungkin." cadang Pak Uda ceria. Keputusan abi mengembirakan para hadirin termasuk jiran-jiran yang hadir, tetapi sebaliknya ia mengejutkan Maihani. Terasa mahu pitam dia mendengarnya. Imanina dan umi yang berada disisi menggenggam erat tangan Maihani memberi semangat. Bukan ia menyangkalnya tetapi tidakkah perkara ini seperti terburu-buru?
"Maafkan bonda dan umi Mai sebab kami tak memaklumkan terlebih dahulu kepada Mai. Sebenarnya telahpun kami rancang untuk menyatukan Iskandar dan Mai tiga tahun yang lalu. Tapi kami mahu Mai tamat belajar barulah hajat ini dapat ditunaikan. Abang Iskandar tidak mahu terburu-buru oleh itu, dia sanggup menunggu Mai. " ulas bonda.
"Maihani puteri bongsu Ahmad, sudikah menerima lamaran Iskandar ini?" ujar ayahnda tenang. Suasana menjadi senyap, jantung Maihani berdegup kencang. Tidak sangka selama dia menunaikan solat istikharah sepanjang berada di sana telah menunjukkan petanda-petandanya. Bahawa Iskandarlah jejaka yang ditakdirkan untuknya.
"Terimalah lamaran ini Mai, sesungguhnya Iskandar mencintai Maihani." terang bonda.Hatinya berbunga riang mendengar kata-kata bonda. 'sesungguhnya Iskandar mencintai Maihani'. Persetujuannya dapat dijangka oleh umi apabila dia tunduk malu.
"Jika berdiam sebegini setujulah tandanya" kata-kata mak ngah sebagai tanda jawapan bagi pihaknya. Dalam hati dia mengucap syukur ke hadrat Allah. Rupa-rupanya mereka telah merancang dari awal tanpa pengetahuannya. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, yang menentukan hanyalah Allah SWT.
SUASANA Kampung Dungun dinikmatinya, mata Maihani terpejam tatkala medengar datuknya melagukan ayat Allah yang indah. Dia begitu merindui atuk dan nendanya di kampung. Sudah lama tidak bertemu sejak dia berhijrah ke Tanah Arab. Bayu malam menghidupkan suasana nyaman, laut terbentang luas dilihat dengan penuh kesyukuran. Datuknya yang sedang meneleku di atas pangkin luar rumah memanggil Maihani untuk berbicara bersamanya.
"Maihani, esok Iskandar datang bermalam disini. Yalah kenduri pun dah nak dekat. Dia pun mahu turun padang membantu menjayakan kenduri ini. Sejak ketiadaan kamu disini, Iskandar rajin melawat kami" ujar datuk sayu. Nenda duduk bersimpuh sebelum menuangkan minuman.
"Pasti banyak perkara yang mahu kamu bicara bukan? Usahlah risau kami sentiasa disisi insha-Allah selama usia kami masih panjang. Teruskanlah, nenda mendengarnya" kata-kata nenda meruntun hati Maihani.
"Nenda, Mai bersyukur kerana Allah telah menjawab segala pertanyaan yang terkandung dalam hati Mai selama ini. Mai telahpun berusaha menunaikan solat istikharah seperti yang dicadangkan nenda, alhamdulillah inilah hasilnya. Perikatan yang bakal disahkan nanti, insha-Allah." jelas Maihani. Sepanjang dia berada disana tidak putus-putus dia memohon petunjuk dan jalan yang benar.
Tinggal 5 hari lagi pernikahannya dengan Iskandar akan berlangsung. Dia perlu mempersiapkan dirinya sebagai persediann untuk melangkah ke dunia berumah tangga. Bukan sesuatu yang mudah untuk mendirikan sebuah Mahligai.
Tinggal 5 hari lagi pernikahannya dengan Iskandar akan berlangsung. Dia perlu mempersiapkan dirinya sebagai persediann untuk melangkah ke dunia berumah tangga. Bukan sesuatu yang mudah untuk mendirikan sebuah Mahligai.
PAGI itu Maihani bangun awal pagi untuk membantu nenda menyediakan sarapan. Saudara mara yang hadir turut membantu dalam segala persiapan kenduri yang bakal diadakan. Permintaan Maihani adalah untuk melangsungkan pernikahannya di rumah nenda dan atuk kesayangannya. Semoga Allah memudahkan perjalanan sepanjang persediaan ini.
12.
SEKITAR jam 5 petang muncul sebuah kereta mewah bewarna putih di perkarangan rumah. Semua mata tertumpu pada kereta mewah tersebut. Siapa pula gerangan yang datang ni, bisik hati Maihani.
"Abang Iskandar dah sampai..." laung Syira, sepupu Maihani. Maihani yang berada dimuka pintu terpana seketika. Iskandar kelihatan simple dengan t-shirt putih berseluar jeans biru. Ada janggut sedikit didagunya. Senyuman masih menawan. Penampilannya mendapat perhatian gadis-gadis yang melihat. Shade yang dikenakannya dibuka, disandang beg pakaiannya dengan penuh bergaya. Maihani yang asyik memerhati kini terkejut beruk apabila Iskandar kini sudah berdiri di hadapannya. Beg sandang yang dipegang Iskandar hampir terlucut jatuh dari pegangan melihat wajah Maihani di muka pintu.
"Apa khabar, abang?" Maihani menegur. Rasa malu diketepikan demi menghormati lelaki itu.
"Alhamdulillah, bila Mai sampai?" jawab Iskandar mesra.
"Malam semalam." Maihani terasa pipinya hangat. Sudah 3 tahun tidak berjumpa, Maihani terasa begitu kekok berhadapan Iskandar. Matanya dilarikan ke tempat lain. Jarak di antara mereka kira-kira dua langkah jauhnya.
"Mengapa semua tengok Is ..pelik?" Iskandar bersuara apabila semua mata tertumpu padanya.
"Kami tak kisah apalah. Maihani ni kut, dia heran tengok Iskandar ni ha." usik mak ngah sambil tersenyum meleret.
"Kenapa? Sebab lama tak jumpa, ya Mai?" sapa Iskandar lagi. Berderau darah Maihani sejurus Iskandar melemparkan pandangan tajam ke arahnya. Suasana kembali reda apabila Iskandar disambut mesra umi dan
abi.
13.
Selesai Minum petang Maihani dipanggil abi supaya ke ruang tamu. Di ruang tamu, Maihani perasan akan kehadiran Iskandar dan Munirah, anak suadara Maihani. Abi mempelewanya duduk untuk memulakan bicara.
"Mai, ada beberapa perkara Iskandar mahu sampaikan kepada kamu, jadi abi izinkan kamu berdua berbincang. Diharap kehadiran Munirah tidak mengganggu kalian." ujar abi sebelum bangun meninggalkan ruang tamu.
"Mai apa khabar? It's been 3 years. How's your studies going?" sapa Iskandar tenang.
"Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Abang kata ada perkara penting untuk diberitahu? " diletaknya Munirah ke atas riba.
"Ya, sebelum itu abang ingin memohon maaf sekiranya tak memaklumkan kepada Mai tentang lamaran abang. Pasti ia mengejutkan Mai. Tapi abang rasa lega bila Mai terima lamaran abang." terang Iskandar.
"Sebenarnya, tiga tahun yang lepas abang bertemu Danial setelah petembungan kita di restoran. Memang pada waktu itu abang berasa kecewa melihat Mai seolah-olah bermesra dengan Danial. Ketahuilah Mai bahawa abang berasa begitu kerana abang.. mencintai Mai. Abang rasa syukur bila jangkaan abang sebenarnya salah terhadap Mai. Danial menyatakan dia tidak mahu menjadi batu penghalang bagi kita." ujarnya sayu.
"Danial menjelaskan segala-galanya pada abang. Selepas pertemuan singkat kami, abang mengambil keputusan untuk berbincang dengan umi dan abi dan bersetuju untuk menunggu Mai menamatkan pengajian di Jordan sebelum menghantar lamaran. Maaf sekiranya tindakan abang terburu-buru, oleh sebab abang begitu sayangkan Mai, abang berniat untuk menikahi Mai. Tidak elok abang menyimpan perasaan ini lama-lama, takut-takut ia menjadi penghasut hawa nafsu. Abang mahu pelihara cinta suci abang. Harap Mai mengerti. Bukankah Mai turut berasa begitu?" tambah Iskandar. Wajahnya begitu tenang, tutur bicaranya tiada sebarang keraguan membuatkan Maihani berasa yakin.
"Maihani bersyukur kerana Allah menemukan jodoh antara kita." itu saja yang mampu terkeluar dari mulutnya. Iskandar tersenyum puas. Alhamdulillah. Tiada apa lagi yang menjadi benteng di antara mereka.
14.
Hari yang penuh rahmat ini, selamat sudah Maihani binti Ahmad menjadi isteri kepada Iskandar bin Zulqarnain dengan satu lafaz. Diijab kabulkan di Masjid Kristal Terengganu, kenduri diadakan di kampung nenda. Semuanya berjalan dengan lancar. Maihani dan Iskandar sibuk melayan dan menyambut tetamu yang hadir.
"Assalamualaikum" satu suara memberi salam.
"Waalaikumussalam. Alangkah terkejutnya Maihani dan Iskandar akan kehadiran Balqis. Kalau dulu Balqis berpakaian serba singkat, kini dia berjubah dan berhijab lengkap. Sejuk mata memandang sejuk lagi hatinya. Maihani segera mendapatkan Balqis, dipeluknya erat. Terasa begitu pelik Iskandar dibuatnya. Walaupun Balqis dan Maihani tidak begitu baik tetapi kini dia berasa syukur. Bersyukur kerana perubahannya.
"Sudah lama tak jumpa. Ternyata Balqis sudah menerima kad jemputan kahwin kami. Kami fikir Balqis sudah berpindah ke tempat lain. Kerana kami ada lawat ke rumah Qis tapi tiada khabar pula.." bicara Iskandar tenang.
Entah mengapa rindu menerpa dihati Maihani. Entah mengapa hatinya begitu gembira melihat Balqis. Semua ini perancangan Allah yang tak diduga.
"Sudah lama tak jumpa. Ternyata Balqis sudah menerima kad jemputan kahwin kami. Kami fikir Balqis sudah berpindah ke tempat lain. Kerana kami ada lawat ke rumah Qis tapi tiada khabar pula.." bicara Iskandar tenang.
Entah mengapa rindu menerpa dihati Maihani. Entah mengapa hatinya begitu gembira melihat Balqis. Semua ini perancangan Allah yang tak diduga.
"Tahniah, Mai dan Abang Is. Balqis ke sini pun hendak berjumpa mempelai yang secocok ini" usik Balqis sopan. Ternyata disebalik senyumannya tersembunyi rasa sedih dan kecewa. Apakan daya bukan jodohnya, dia sudah dapat menerima hakikat suratan takdir bahawa Iskandar bukan untuknya. Namun begitu ada saja cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Sesuatu yang disembunyinya selama ini disimpan daripada pengetahuan sesiapa. Biarlah rahsia itu hanya dia dan penciptanya saja yang tahu.
Kehadiran Balqis disambut baik keluarga Iskandar dan keluarga Maihani. Ternyata perubahannya membawa kejutan. Iskandar turut bangga akan perkara tersebut. Sesungguhnya Allah berhak memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira beriman ataupun tidak, tidak kira masa atau tempat.
Malam itu Iskandar dan Maihani solat Ishak berjemaah dengan Maihani buat kali pertamanya. Usai solat, dikucup lembut salaman suaminya. Satu kucupan singgah diubun-ubun Maihani. Kewajipannya sebagai seorang isteri perlu dilaksanakan seperti mana jua kewajipan Iskandar terhadapnya.
15.
Maihani mengusap lembut kandungannya yang menginjak 9 bulan itu. Usai membaca Al-Quran, Maihani menghala ke dapur untuk menghangatkan lauk. Begitulah rutin hariannya sejak belakangan ini. Iskandar pulang agak lewat malam itu kerana banyak meeting perlu dihadiri merangkap CEO Regalia Holdings. Walaupun begitu, ada saja taktik Iskandar untuk memujuk Maihani, membuatkan Maihani hidup seperti seorang pemaisuri yang dilayan mulia galaknya. Syukur alhamdulillah mahligai yang dibina semakin utuh dengan bakal kelahiran cahaya mata mereka yang pertama.
"Sudah masuk bulan ke sembilan kandungan Mai itu. Kita balik rumah umi ya? Mudah jika apa-apa terjadi umi, abi dan Sarah ada. Abang jarang ada dirumah, outstation." Iskandar risau melihat keadaan isterinya yang sarat itu. Jari-jemari Maihani diramas.
"Kalau itu kehendak abang, Mai okey saja." ujar Maihani.
ISKANDAR ternampak kelibat Balqis di sebuah kedai berdekatan bangunan tempatnya bekerja. Dia tertanya-tanya mengapakah Balqis bersendirian. Diperhatinya Balqis yang termenung jauh. Suasana kawasan itu agak sunyi, bahaya sekiranya seorang wanita berjalan sendirian tatkala itu, terdapat beberapa orang lelaki yang disyaki samseng jalanan cuba untuk berniat buruk terhadap Balqis.
Kejadian itu memaksa Iskandar membuka langkah seribu bagi mempertahankan Balqis yang hampi-hampir menjadi mangsa kerakusan samseng-samseng tersebut. Tindakan itu membawa kemarahan samseng-samseng itu. Satu tumbukan singgah tepat ke wajah Iskandar. Balqis menjerit ketakutan.
Kejadian itu memaksa Iskandar membuka langkah seribu bagi mempertahankan Balqis yang hampi-hampir menjadi mangsa kerakusan samseng-samseng tersebut. Tindakan itu membawa kemarahan samseng-samseng itu. Satu tumbukan singgah tepat ke wajah Iskandar. Balqis menjerit ketakutan.
"Tolong!!!" pekik Balqis melihat Iskandar yang berlumuran darah. Luka dibibirnya diseka. Iskandar berniat tidak mahu membalas tumbukan samseng itu, tetapi demi mempertahankan maruah Balqis dan dirinya ia terpaksa membalas tumbukan demi tumbukan terhadap samseng jalanan itu.
"Abang! Belakang abang!" Balqis memberi amaran kepada Iskandar apabila salah seorang daripada samseng cuba untuk menikamnya dari belakang.
PRAANG! Pinggan kaca yang dipegang Maihani terlepas dari pegangannya. Berderai pinggan itu tertimpa bumi. Terasa ada sesuatu yang tidak kena menusuk hati dan mindanya. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. "Ya Allah, kau lindungilah suamiku daripada bahaya, musibah" doanya. Tubuhnya terasa panas, dahinya basah bermandi peluh seolah-olah baru lepas berlari. Terasa sakit diperutnya. Perutnya memulas-mulas, kandungannya terasa begitu berat. Segera Maihani melaung memanggil uminya. Terasa saat-saat kelahiran semakin menghampiri.
16.
Maihani bertarung nyawa sendirian tanpa suami disisi. Walauapapun dia perlu menghadapi cabaran ini. Keinsafan meulit diri, Ya Allah sakit Ya Allah, beginilah rasanya sewaktu umiku melahirkanku. Ampunkan aku Ya Allah! Hatinya menjerit sekuat hati. Apa yang dia mahukan adalah Iskandar, suami tercinta. Doktor bidan serta jururawat bertugas bertungkus-lumus untuk menyambut kelahiran bayinya.
Dalam masa yang sama umi mendapat panggilan bahawa Iskandar dan Balqis dibawa ke Hospital yang sama. Berita buruk itu membuatkan umi mengucap panjang.
TERASA kelopak matanya berat, tetapi dipaksa jua membukanya. Fizikalnya begitu sakit sehinga sukar baginya bergerak. Ternyata dia berada dalam tidak sedar setelah melahirkan. Dia masih lagi di wad kelahiran kecemasan.
"Tahniah puan, bayi lelaki." ujar doktor dengan senyuman manis. Maihani mengucap syukur. Bayi lelaki yang sungguh comel siap dibedung, diberikan kepada Maihani. Terasa terubat sedikit hatinya melihat wajah bayi lelakinya yang mirip Iskandar. Matanya, bibirnya, hidungnya satu per satu diamatinya. Sungguh sempurna ciptaan Allah.
Setelah dipindahkan ke wad biasa, Maihani dimaklum bahawa Iskandar dan Balqis berada di wad kecemasan. Lemah longlai dibuatnya mendengar sesuatu yang buruk terjadi kepada dua insan yang dikenali. Ya Allah begitu berat dugaan-Mu kepadaku. Sejurus itu air matanya mengalir membasahi pipi. Menangis kerana tidak berupaya untuk mengetahui keadaan Balqis suaminya ketika itu. Doa dan harapannya agar dia dapat berjumpa dengan mereka.
" Innalillahi wainnailaihi rojiun..." terlafaz kata-kata itu dari mulut ayahnda. Terduduk tatkala mendengar makluman doktor yang bertugas. Umi, abi, bonda dan Imanina menggambarkan perasaan mereka ketika itu. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya mereka.
EPILOG
Sadaqallahul Azim...amin ya rabbalamin, bersemadilah dengan aman. Semoga Allah menempatkan dikau di taman syurga yang dijanjikan-Nya wahai Balqis binti Tarmizi. Segala perbuatanmu pada dulu kala telahku ampunkan seikhlas hati. Sudahku lupakan segalanya, janganlah risau sahabatku. Walaupun pertemuan kita tidak berkeadaan baik, aku begitu gembira kerana kehadiranmu telah membawa Iskandar bin Zulqarnain ke dalam hidupku. Ternyata semua ini adalah perancangan Allah. Itulah takdir. Wahai Balqis, kini kami bakal menimang cahaya mata yang kedua, Insha-Allah. Jikalau ia seorang puteri akanku namakannya Balqis dan jika ianya seorang putera akanku namakannya Sulaiman seperti yang termaktub dalam sirah hidup Nabi Sulaiman AS yang mengahwini Balqis. Walaupun kau pergi tanpa memiliki orang yang kau cintai, akanku sambungnya dengan kasih sayangku terhadap suami dan anakku yang tercinta. Insha-Allah.
"Bonda, mengapa bonda menangis?" Shah, putera sulungnya bersuara seraya menghadap sebuah kubur dilengkapi sepasang batu nisan yang terukir nama 'Balqis'. Maihani segera menyeka air matanya dan mengukir senyumanmanis buay anaknya. Yassin yang dipegangnya disimpan ke dalam beg. Iskandar mendapatkan dirinya memantu bangun dari kedudukannya, agak sulit baginya yang sarat 8 bulan.
"Bonda hanya menggambarkan rasa kesyukuran bonda, sayang" jari-jemari shah dikucup, rambutnya dibelai. Iskandar yang mengendong Shah lantas menyeka air mata Maihani yang laju berjujuran dengan tangan kudusnya. Shah hanya menjadi pemerhati situasi tersebut.
"Jangan bersedih 'my honey', abang ada di sisi. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan madu iaitu penawar kepada abang, sebaliknya Dia mengubati racun dengan penawar. Bahawasanya Allah tidak akan merelakan hambanya pergi tanpa sekelumit keinsafan. Selama ini dia menyembunyikan penyakitnya daripada pengetahuan kita. Bersyukurlah sayangku bahawa Balqis sempat mengucap kalimah syahadah sebelum pemergiannya. " Maihani begitu terharu dengan kalam suaminya itu. Shah kini telah lena dalam dakapan Iskandar.
"Lihatlah, kasih-sayang kita turut menyayat hati Shah yang masih kecil ni, bagaimana pula dengan bayi yang dikandung itu?" senda Iskandar membuatkan Maihani tertawa kecil berbaur kesedihan. "Telahpun tercatit dalam takdir kita bahwa Allah ingin menyatukan kita. Usahlah ragu, abang sangat menyayangi Maihani abang" mereka melangkah pergi meninggalkan Tanah Perkuburan Islam itu dengan membawa harapan baru. Semoga Allah memelihara jodoh mereka. Amin.
SEKIAN.
Penghargaan buat,
Encik Google penyumbang sedikit-sebanyak idea
Labels: lewat Semesta, randy pangalila





